Home » » Mangsa dera suami diugut sebar gambar bogel pula

Mangsa dera suami diugut sebar gambar bogel pula

Written By canang on Jumaat, 20 Disember 2013 | 12/20/2013 10:57:00 PG


“Episod duka datang silih berganti apabila terbaru suami mengugut mahu menyebarkan gambar bogel saya jika tidak menarik laporan polis dibuat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30,wanita yang dikelar 18 kali di pipi, bibir, dahi dan tangan hingga menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya, bulan lalu.
Lebih malang, doktor mengesahkan buah pinggang kiri wanita itu rosak dan kini hanya bergantung dengan buah pinggang kanan akibat tindakan suami yang menolaknya hingga terkena pada bucu katil. “Saya menerima SMS daripada suami selepas keluar hospital beberapa hari sebelum dia (suami) ditahan polis yang meminta saya menarik balik laporan dibuat kerana mendatangkan kecederaan terhadap saya.
“Malah, dalam SMS itu, suami mengugut mahu menyebarkan gambar bogel saya dalam laman sosial jika enggan menarik laporan itu, malah dia juga memberitahu sudah memberikan gambar itu (bogel) kepada rakan lain untuk dimasukkan dalam laman sosial jika dia ditahan di penjara,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibu kepada dua anak itu berkata, dia bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan itu berikutan dia sememangnya tidak mempunyai sebarang gambar bogel seperti diperkatakan suaminya.
“Saya menafikan memiliki gambar bogel itu, cuma dulu suami suka mengambil gambar saya sedang tidur dan yakin dia hanya menggertak saja.
“Malah, saya tidak takut dengan tindakan suami kerana yakin undang-undang ada untuk melindungi saya dan dua anak,” katanya. Menurutnya, selepas kejadian dirinya dikelar suami, perasaan menyesal datang bertubi-tubi dalam diri. “Saya menyesal kerana memberi dia banyak peluang untuk berubah, malah turut mempercayai sumpahan dibuat suami kononnya dia mahu berubah.
“Mulai sekarang, saya tidak akan percaya lagi kata-kata suami dan yakin dia tidak akan berubah, malah akan menuntut fasakh di mahkamah sebaik saya sembuh sepenuhnya,” katanya. Katanya, lebih menyedihkan, dua anak lelakinya, Izzat Izwan, 10, dan Izzat Ikhwan, 8, turut melihat kekejaman dilakukan suami terhadapnya. “Ketika kejadian saya dikelar, saya dihantar ke unit kecemasan sebuah hospital dan kebetulan ibu, Juriah Hashim, 55, turut membawa dua anak bersama. “Kedua-dua anak saya melihat saya dalam keadaan berlumuran darah di muka akibat dikelar bapa mereka,” katanya.-hm
Share this article :

2 ulasan:

Ahmad Basri berkata...

Sekarang hantu syaitan yang takut akan manusia sebab manusia lebih ganas dan zalim dalam perlakuan mungkar dari mereka.Dunia akhir zaman.

dedeq sarawak gurlz berkata...

Teruk nya bahhh

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger