Home » » Mahathir Membuktikan DS Anwar Tidak Bersalah

Mahathir Membuktikan DS Anwar Tidak Bersalah

Written By canang on Sabtu, 27 Februari 2016 | 2/27/2016 10:27:00 PTG

Mahathir Membuktikan DS Anwar Tidak Bersalah
semua manusia bila jangka hayatnya akan berahir akan mencerita kesah benar apa yang dilakukan keatas manusia lain..tun mahathir minta maaf..diatas kesilapanya
Perkembangan siasatan yang dilakukan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia semalam telah membongkarkan suatu rahsia yang selama ini disimpan kemas oleh Tun Mahathir sejak hampir 18 tahun yang lalu.
Dalam satu kenyataan, Mahathir akhirnya secara tidak sengaja mengakui bahawa, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya bersih daripada sebarang tuduhan yang beliau sendiri lemparkan sewaktu bertindak memecat Datuk Seri anwar daripada UMNO dan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tidak sukar untuk membaca pengakuan Mahathir ini apabila beliau secara terus terang tidak kisah duduk satu penjara dengan Datuk Seri Anwar andai itu yang telah ditakdirkan untuknya.
Malah, beliau juga memperakui bahawa tindakan Datuk Seri Anwar menganjurkan beberapa demonstrasi jalanan bagi menentang pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional hari ini adalah betul. Ini dibuktikan dengan kesediaan beliau untuk hadir pada mana-mana demo yang bakal diadakan nanti.
Mujurlah Mahathir masih sempat meperakui kebenaran yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar. Setidak-tidaknya beliau tidaklah mati dalam keadaan munafiq dimana keengganan beliau memperakui apa yang beliau telah lakukan kepada Datuk Seri Anwar itu sebenarnya silap.
Datuk Seri Anwar tidak meliwat. Sebagai lelaki normal, pasti nafsunya disalurkan terus terhadap wanita, bukan lelaki seperti yang didakwa Mahathir 18 tahun lalu.
Amat wajar kini, Mahathir meminta maaf daripada Datuk Seri Anwar diatas segala kesilapan yang telah beliau lakukan dahulu sementara masa masih ada. Bersedia untuk merasai keperitan Datuk Seri Anwar didalam penjara, bukanlah satu pilihan bagi membuktikan beliau akhirnya benar-benar insaf terhadap Datuk Seri Anwar.
Posted By Caspian February 25, 2016 at 2:56 pm
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger