Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi
Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan
kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di
Tanjong Karang.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan
beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan
beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium
sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995.
“Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat
tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini
beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan
yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru
ini,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh
memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada
April 1995.
Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam
udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus
menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.
Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya
akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan
syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan
udang itu.
Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri
Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas
30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan
projek udang tersebut.
Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan
penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya
sahaja.
Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan
aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki
Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan
mereka.
Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas
pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar
supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang
memerlukan.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan