PETALING JAYA: Ketua
UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos nafi pernah mengeluarkan
kenyataan seksis menyindir penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza kerana masih
tidak menimang cahaya mata.
Jamal
berkata kenyataannya hanya akan dikeluarkan di laman rasmi Facebook dan
menambah Siti Nurhaliza berhak membuat komen terhadapnya.
“Kamu
tambah-tambah yang Siti Nurhaliza itu apa benda? Bila masa saya buat
kenyataan? Mana dia, kiriman WhatsApp (sindiran terhadap Siti
Nurhaliza)? Mana dia, ‘print screen’ bagi dekat saya.
“Saya
tidak ada. Kamu jangan nak pandai-pandai tambah cerita. Kalau saya
keluarkan, di dalam Facebook ada tidak? Saya keluar kenyataan rasmi saya
di dalam Facebook saya.
“Kalau
dalam ‘group’ WhatsApp kamu nak ambil, itu masalah. Takkan kamu sebagai
media yang mempunyai pembaca dan pengunjung yang ramai, kamu nak ambil
perkara tidak sahih,” katanya
Rabu
lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan
hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di
sekitar Lembah Klang.
Siti
antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular
itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala ke Instagram.
Jamal
kemudiannya dilaporkan membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis
menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata. Tindakan yang
dikatakan dilakukan Jamal itu mengundang kecaman orang ramai.
“Siti Nurhaliza nak komen pasal saya, itu terpulang kepada dia. Beliau seorang penyanyi popular dan tersohor di negara kita.
“Saya
juga peminat beliau sebelum dan selepas kahwin. Sehingga sekarang saya
peminat Siti Nurhaliza. Komen dia terhadap saya mengenai isu masyarakat,
rakyat terjejas, kehidupan harian kerana tidak mempunyai air,” kata
Jamal.
Jamal berkata dia memohon maaf kepada Siti kalau betul dia melakukannya, tetapi dia tidak pernah membuat kenyataan itu.
“Media
pula disarankan memberikan berita yang sahih. Jangan berita tidak sahih
kamu nak ambil. Kamu dapatkan sumber daripada mulut, kamu rakam, saya
akur. Tetapi kalau kamu nak ambil daripada komen-komen, gurauan dalam
group WhatsApp, adakah ini sumber rasmi?
“Jadi
saya, tidak pernah keluarkan kenyataan seperti kamu komen. Saya lihat
FMT yang keluarkan itu. Yang lain-lain tidak ada. Jadi perkara tidak
sahih kenalah pastikan sumber itu kenyataan daripada saya.
“Kalau
kenyataan saya, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Tetapi kenyataan
itu bukan daripada saya. Kamu tanggunglah sendiri. Hari ini saya akan
buat kenyataan balas,” katanya. #sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan