Home » » JAMAL 'SERANG' PEJABAT DAERAH DAN TANAH

JAMAL 'SERANG' PEJABAT DAERAH DAN TANAH

Written By canang on Rabu, 28 Disember 2016 | 12/28/2016 07:24:00 PTG

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam bagi menuntut penjelasan berhubung status tanah yang diragui di sekitar daerah tersebut.
Beliau yang juga pemimpin Baju Merah tiba kira-kira pukul 10.30 pagi tadi bersama beberapa penyokongnya.
Ketua Umno Sungai Besar mendakwa, terdapat tapak tanah yang diduduki dan dibangunkan tanpa kebenaran dan lesen sah, memetik laporan Utusan Online.
Beberapa hari yang lalu, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) merobohkan resort milik Jamal di Sekinchan selepas menghantar notis perintah tutup pada sebelah pagi.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Notis juga menyebut pemeriksaan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Jamal pula dalam catatan di Facebook mendakwa arahan perobohan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
“Kerja-kerja meroboh permis perniagaan saya oleh Majlis Daerah Sabak Bernam sedang dilakukan atas arahan MB.
“Pagi tampal notis petang ini roboh. Ini adalah tindakan balas dendam oleh kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air yang tidak ada,” katanya.
Terdahulu, Jamal tampil dengan hanya bertuala ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.
Beliau turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu. - Malaysiakini
Share this article :

1 ulasan:

mazmad berkata...

Jangan berselindung di sebalik nama NGO...kau patut guna nama UMNO..
Bullshit punya Jamal.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger