Home » » Kalau saya cerita perkara lama jadi buruklah – Tun M

Kalau saya cerita perkara lama jadi buruklah – Tun M

Written By canang on Jumaat, 2 Disember 2016 | 12/02/2016 11:58:00 PTG


Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah.
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk tidak mencungkil dosa-dosa pada masa lampau, kerana tindakan itu hanya memburukkan lagi keadaan.
“Saya tidak suka hendak cungkil ‘benda-benda kotor’ yang dari waktu belakang (silam). Kita semua banyak buat dosa, tetapi banyak orang tidak mahu sebut. Kalau hendak kata saya buat salah, katalah. Semua orang terimalah,” katanya.
“Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah,” ujarnya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentabiran kerajaan sebelum ini.
Dakwaan itu merujuk kepada zaman pemerintahan Dr Mahathir susulan beberapa isu yang disifatkan berat sebelah khususnya mengenai kenaikan tambang ERL sebanyak RM55 daripada RM35.
“Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi,” kata Ahmad Zahid VIDEO DISINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger