Home » » Musa Hassan arah RPK tarik balik tuduhan Liwat II atau...

Musa Hassan arah RPK tarik balik tuduhan Liwat II atau...

Written By canang on Jumaat, 23 Disember 2016 | 12/23/2016 02:13:00 PTG


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi kata dua kepada blogger Raja Petra Kamaruddin untuk sama ada menarik balik tuduhan fitnahnya atau berdepan dengan tindakan saman.
Ini berhubung laporan yang mendakwa beliau adalah sebahagian daripada plot untuk menghumban bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara.
Musa berkata, artikel itu berunsur fitnah dan cuba menjatuhkan maruah serta kredibilitinya sebagai bekas penjawat awam.
"Saya rasa ini adalah fitnah dan tuduhan tanpa asas.
"Kes ini telah dibicarakan di mahkamah," kata Musa pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Musa berkata, jika Raja Petra tidak memohon maaf dan menarik balik artikel yang salah itu, beliau akan membuat laporan polis berhubung fitnah jenayah serta memfailkan tuntutan mahkamah terhadap penulis blog yang menjadi buruan polis itu.
Jika permintaannya dipenuhi, bekas ketua polis negara itu berkata beliau sedia memaafkan Raja Petra.
"Jika beliau tidak memohon maaf dan menarik semula artikelnya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini, saya akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan mahkamah.
"Saya menegaskan tidak pernah terbabit membuat perancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai Timbalan Perdana Menteri) ketika itu kerana polis hanya bertindak berdasarkan aduan oleh pengadu," katanya.
Ditanya bagaimana beliau akan mengheret penulis blog itu - yang kini tinggal dalam buangan di UK - ke mahkamah, Musa berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya.
Raja Petra dalam artikel bertajuk 'Bagaimana Mukhriz akan menjadi Perdana Menteri yang disiarkan di portal Malaysia Today, mendakwa Musa sebagai anjing peliharaan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perancang kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu.
Ia melaporkan Dr Mahathir menggunakan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Musa untuk menghumban Anwar ke penjara.
Anwar didakwa meliwat kali kedua pada tahun 2008, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Mengulas lanjut, Musa berkata beliau tidak membincangkan keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra dengan Gani.
Beliau berkata, penulis blog tidak sepatutnya menyalahgunakan kebebasan bersuara."Blogging tidak bermakna kita boleh menulis cerita yang tidak benar.
"Kebebasan bersuara bukannya bermakna kita boleh berbohong," katanya. Malaysia Today
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger