Home » » Maksiat malam 2017: Isteri orang antara turut ditahan - JAIM

Maksiat malam 2017: Isteri orang antara turut ditahan - JAIM

Written By canang on Rabu, 4 Januari 2017 | 1/04/2017 06:09:00 PTG


Dua wanita yang berstatus isteri adalah antara 30 individu yang ditahan di tujuh buah hotel bajet dan empat rumah urut di sekitar Melaka Tengah awal pagi tadi.
Wanita berkenaan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki bersekedudukan.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 56 tahun itu ditahan kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.
"Terdapat juga seorang wanita yang berstatus ibu tunggal membawa anak lelakinya berusia empat tahun di bilik hotel ketika ditahan bersama seorang lelaki yang didakwa sepupunya," katanya kepada pemberita.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger