Home » » Rakyat Malaysia Lebih Suka Internet Slow, Berbanding Laju - Menteri

Rakyat Malaysia Lebih Suka Internet Slow, Berbanding Laju - Menteri

Written By canang on Khamis, 12 Januari 2017 | 1/12/2017 08:00:00 PG


Kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perkhidmatan internet yang perlahan kerana ia lebih murah berbanding perkhidmatan yang menawarkan capaian lebih pantas ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menerusi laman blog beliau.
Kenyataan ini dibuat sebagai maklum balas kepada pendapat yang disampaikan oleh Lim Kit Siang berkenaan isu kelajuan internet di Malaysia berbanding negara-negara di rantau Asia yang lain
“Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps (Actually there are a wide range of Internet speeds that Malaysians can choose from but about 71% of Malaysian Internet users prefer the slower Streamyx broadband package that offers speeds of between 384 Kbps to 1 Mbps),” ujar Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menerusi blog beliau Isnin baru-baru ini sebagai respon kepada kenyataan Lim Kit Siang.
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut menjelaskan bahawa walaupun terdapat pakej jalur lebar yang lebih pantas ditawarkan, majoriti pengguna cenderung memilih pakej yang lebih murah walaupun ianya lembab. Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia boleh memilih mendapatkan pakej 20 Mbps jika inginkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.
“Lim Kit Siang cuma cakap mengenai kelajuan. Rakyat Malaysia inginkan kelajuan, coverage dan harga yang mampu milik. Kami akan memastikan menjelang tahun 2020 sekurang-kurangnya 95% rakyat Malaysia akan mempunyai akses ke Internet. Dan kami juga akan memastikan sekurang-kurangnya 50% kawasan bandar dan 20% kawasan luar bandar akan mempunyai kelajuan jalur lebar sehingga 100 Mbps (Lim Kit Siang just talks about speed. Malaysia’s focus is speed, coverage and affordability. We want to ensure that by 2020 at least 95% of Malaysians will have access to the Internet. And we also want to ensure that at least 50% of urban areas and 20% of rural areas have broadband speeds of 100 Mbps),” ujar Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak lagi.
-Sumber berita diperoleh dari Astro Awani
Share this article :

1 ulasan:

mazmad berkata...

Menteri bodoh...

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger