Home » » 'Pengarah 1MDB mengaku unit dana RM9.8b adalah penipuan'

'Pengarah 1MDB mengaku unit dana RM9.8b adalah penipuan'

Written By canang on Rabu, 23 Mei 2018 | 5/23/2018 09:58:00 PTG


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata seorang daripada pengarah syarikat 1MDB mengaku bahawa pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) adalah penipuan semata-mata.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat syarikat pengarah 1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Azmi Tahir dan bekas peguam syarikat Ivan Chen.
“Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan lembaga pengarah.
“Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.
“Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai 'penipuan',” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah dicuri.
Dalam pembentangan sama, Arul Kanda, yang sebelum ini menegaskan wang itu ada dan untuk digunakan 1MDB bagi membayar hutang, kini berkata tidak pasti.
Beliau juga berkata “tidak tahu menahu” dengan kedudukan kewangan syarikat, menurut Lim''“Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan bagi perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018.
“Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim.
Kerajaan baru Pakatan Harapan mendakwa pentadbiran BN sebelum ini cuba menutup skandal berbilion ringgit 1MDB
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger